BM | EN | 中文

“Khaled Nordin tak perlu tuduh PH, Malaysia gagal isu Pulau Batu Puteh pada zaman Abdullah Badawi”

khaled-nordin-pulau-batu-puteh.png
Advertisement

KOTA ISKANDAR, 12 OKT: Bekas Menteri Besar (MB) Johor, Dato Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini ditempelak berikut kenyataannya yang menuding jari ke arah kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam isu Pulau Batu Puteh.

Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya telah mendesak kerajaan membentangkan kelemahan yang berlaku ketika sebutan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada tahun 2008.

Adun Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad

“AMANAH Johor beranggapan tindakan mantan MB Johor itu yang menuding jari ke arah PH adalah bermotifkan politik bagi menutup isu sebenar berikutan kelemahan dan kecuaian pihak kerajaan ketika itu Barisan Nasional di bawah pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam menguruskan serta berunding dengan pelbagai pihak yang mampu mendapatkan hak pulau berkenaan ketika itu.

Advertisement

“Berhubung kenyataan berkenaan dengan Pulau Batu Puteh atau Pedra Branca oleh mantan MB Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang menuding jari ke arah pihak Pakatan Harapan (PH), AMANAH Johor hari ini mendesak agar pihak kerajaan bersikap telus kepada rakyat dengan membentangkan sebarang kelemahan dan kecuaian dalam mengemukakan bukti-bukti yang diperlukan dalam menuntut hak pulau tersebut semasa sebutan kes di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada tahun 2008.

“Kelemahan dan kecuaian kerajaan BN pada masa itulah sebenarnya yang telah menyumbang kepada kegagalan kerajaan Malaysia dalam mempertahankan hak tuntutan keatas Pulau Batu Puteh di hadapan ICJ yang akhirnya terlepas kepada Singapura,” kata Dzulkefly dalam kenyataan.

Khaled Nordin merupakan menteri besar Johor dari tahun 2013 hingga 2018.

Advertisement

Manakala Tan Sri Abdul Ghani Othman merupakan menteri besar Johor dari tahun 1995 hingga 2013.

Kedua-dua mereka merupakan menteri besar dari parti Umno dalam gabungan Barisan Nasional yang mentadbir Johor.

“Apa yang berlaku pada tahun 2018 semasa pemerintahan PH adalah merupakan proses di peringkat semakan semula penghakiman (judicial review) keatas keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 23 Mei 2008. Peruntukan semakan semula penghakiman ini diperuntukan di bawah Perkara 61, Statue ICJ.

Advertisement

“Tindakan Mohamed Khaled Nordin cuba mempolitikkan isu Pulau Batu Puteh ini amat dikesali kerana isu ini adalah berkaitan dengan maruah dan kedaulatan (sovereignty) negara serta negeri Johor itu sendiri,” katanya dalam kenyataan media tersebut.

Sebelum ini, Mohamed Khaled dalam kenyataannya memaklumkan bahawa PH perlu bersikap telus dan menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan kehakiman Pulau Batu Puteh semasa pentadbiran gabungan itu selama 22 bulan sebelum ini.

Menurutnya, rakyat wajar tahu sama ada terdapat elemen kecuaian dan membelakangkan kepentingan nasional berhubung keputusan tersebut.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top