BM | EN | 中文

Khaled Nordin tak perlu ‘apikan’ PAS, jadi punca kerajaan Johor semakin tak stabil

khaled-nordin-umno.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 13 NOV: Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin tidak perlu ‘mengapi-apikan’ PAS, parti gabungan dalam kerajaan Johor sehingga boleh menyebabkan pentadbiran di negeri ini menjadi tidak stabil.

Setiausaha Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor, Mohd Fakharuddin Moslim berkata, bekas menteri besar itu sewajarnya patuh kepada titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar supaya tidak menyebabkan ketidakstabilan politik di negeri ini.

“Kenapa Khaled Nordin “mengapi-apikan” parti PAS dengan tuduhan ekstrem?

Advertisement

Mohd Fakharuddin Moslim

“Menuduh PAS sebagai parti ekstrem boleh menyebabkan pentadbiran di Johor semakin tidak stabil. Bukankah PAS sebahagian dari kerajaan Johor?

“Adalah Khaled Nordin mahu melanggar titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim agar tidak melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan ketidakstabilan politik di negeri ini? kata Fakharuddin.

Semalam Khaled dalam hantaran di laman Facebook berkata, PAS tidak pernah menang besar dalam mana-mana pilihanraya umum kerana kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia secara umumnya, PAS adalah parti dengan ideologi Islam yang ekstrem.

Advertisement

Khaled juga berkata meskipun Islam dicanangkan PAS sebagai landasan, majoriti orang Melayu tidak pernah menerima PAS sebagai parti yang boleh mewakili mereka.

Kata Fakharuddin Khaled mengeluarkan kenyataan sombong dan boleh memecah-belahkan perpaduan.

“Bayangkan sebuah kerajaan gabungan Umno-Bersatu-PAS, namun mereka bercakaran sesama sendiri.

Advertisement

“Saya cadangkan bekas menteri besar ini semak semula titah DYAM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar.

“Baginda mahu semua pihak berganding bahu menyelesaikan masalah ekonomi dan kesihatan lantaran pandemik Covid-19.

“Melainkan beliau memang mahu melanggar titah Baginda, itu terpulang kepada Khaled Nordin dan partinya Umno,” kata Fakharuddin lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top