BM | EN | 中文

Khairy tak perlu bimbang dedah kos vaksin kepada PAC, maklumat kepada umum perlu kelulusan Dewan Rakyat

Khairy-Jamaluddin.jpg
Advertisement

SEGAMAT, 24 DIS: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin tidak perlu bimbang untuk memberi keterangan kepada jawatankuasa kira-kira wang negara (PAC) berkenaan perolehan vaksin covid-19, kata Adun Jementah Tan Chen Choon.

Kenyataan Khairy meminta PAC tidak mengumumkan harga sebenar perolehan vaksin kerana kekangan peruntukan persetujuan di antara kerajaan dengan pembekal vaksin bukan halangan bagi mendedahkan kos berkenaan.

“Ini adalah kerana di bawah peraturan perintah-perintah dan peraturan-peraturan Dewan Rakyat, semua keterangan yang dikemukakan dalam jawatankuasa PAC oleh mana-mana pihak tidak boleh diumumkan kepada orang awam sebelum laporan berkenaan keterangan-keterangan itu dibentangkan dan diluluskan di Dewan Rakyat,” kata Tan dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Tan yang juga bekas pengerusi PAC Johor berkata Khairy perlu melaporkan kepada PAC kerana ia melibatkan perbelanjaan wang awam.

Selain itu katanya ia bagi memastikan peruntukan itu dibelanjakan secara berhemah pengurusan krisis pandemik Covid-19 agar tidak berlaku unsur-unsur berkaitan rasuah.

Media sebelum ini melaporkan Khairy bahawa kerajaan akan membelanjakan RM2.05 billion untuk vaksin bagi 82.8 peratus polulasi, iaitu lebih kurang 26.5 juta rakyat Malaysia.

Advertisement

Khairy juga menyatakan bahawa kerajaan sedang berunding perkara perolehan vaksin dengan lima pembekal.

Tan berkata, menurut kenyataan Khairy itu, dijangka setiap unit vaksin yang dibeli Malaysia kira-kira RM77.35.

Manakala menurut kenyataan Menteri Belgium,iaitu Eva De Bleeker melalui Twitter pada 17 Disember, harga belian European Union (EU) daripada pembekal vaksin syarikat Pfizer, adalah lebih kurang 12 Dolar EU seunit vaksin, bersamaan kira-kira RM60.

Advertisement

“Walaupun Menteri (Belgium) itu telah memadamkan kenyataan twitter beliau, tetapi ia masih menimbulkan persoalan di kalangan rakyat sama ada negara kita telah membeli vaksin dengan harga lebih mahal.

“Ini kerana perbezaan harga vaksin yang dibeli oleh negara kita, adalah lebihan sebanyak RM17.35.

“Justeru itu, adalah amat perlu PAC untuk mengarahkan Khairy supaya memberi pencerahan ke atas perolehan vaksin oleh negara kita,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top