BM | EN | 中文

Khairy perlu segera jelaskan angka kematian di bawa ke hospital yang tinggi – Kit Siang

lim-kit-siang-khairy-jamaluddin-.jpg

Grafik Ehsan Malaysiakini

Advertisement

KUALA LUMPUR, 9 SEPT: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin digesa mengotakan janjinya untuk bersifat lebih telus dan memberikan maklumat berkenaan Covid-19 yang lebih terperinci kepada orang awam.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata Khairy sehingga kini masih belum membuat pengumuman dan penjelasan mengenai angka kematian di bawa ke hospital (BID) yang tinggi.

“Saya amat kecewa kerana Khairy tidak memenuhi janjinya di Kota Kinabalu pada hari Isnin, iaitu untuk membuat pengumuman dan penjelasan mengenai angka BID yang tinggi apabila beliau mendapatkan data baharu semalam.

Advertisement

“Rakyat Malaysia masih menunggu hasil daripada janji Khairy untuk menyelesaikan masalah kadar kematian di bawa ke hospital yang tinggi ini,” ujarnya veteran DAP itu, lapor Roketkini.

Semalam, angka BID yang dicatatkan adalah sebanyak 102. Ia merupakan hari ketiga dalam 10 hari yang lepas di mana kes BID melepasi paras tiga angka.

Sebelum 30 Ogos, hanya dua hari mencatatkan kadar BID melepasi julat tiga angka — 101 dan 100 kematian BID pada 15 dan 26 Ogos.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top