BM | EN | 中文

Khairy perlu jelaskan kes BID masih tinggi – Kit Siang

lim-kit-siang-khairy-jamaluddin-.jpg

Grafik Ehsan Malaysiakini

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 20 SEPT: Ahli parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang menggesa Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menjelaskan mengenai kadar tinggi kematian di luar hospital (BID).

Kata Kit Siang, kadar kematian yang masih tinggi adalah sebab mengapa kita tidak boleh meraikan kejayaan menurunkan angka kes itu terlalu awal, terutamanya kes kematian akibat Covid-19.

Ia katanya turut digambarkan melalui kesukaran laman web Kementerian Kesihatan yang baru untuk menyiarkan data mengenai kematian Covid-19 semalam yang hanya disiarkan sejurus sebelum jam 6 pagi hari ini dan bukannya menjelang tengah malam.

Advertisement

“Pakar perubatan dan kesihatan awam yang mengikut rapat data Covid-19 mengeluh tentang laman web baru berkenaan, terutama berkenaan dengan data kes kematian akibat Covid-19, termasuk data BID.

“Saya telah menyarankan agar Menteri Kesihatan yang baru, Khairy Jamaluddin, harus membuat pernyataan Menteri di Parlimen mengenai perkara itu.

Khairy secara khusus harus menjelaskan mengapa beliau masih gagal mengurangkan kes BID setakat ini, kerana jumlah kes BID dalam tempoh tiga minggu beliau menjadi Menteri Kesihatan jauh lebih tinggi berbanding tempoh tiga minggu terakhir Menteri Kesihatan sebelumnya,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan

Advertisement

Tambah beliau, Khairy juga harus menjelaskan mengapa Malaysia terus mengatasi banyak negara dengan jumlah keseluruhan kes Covid-19 tertinggi, dan tidak menunjukkan prestasi yang lebih baik.

Ujarnya lagi, Malaysia di bawah Khairy sebagai Menteri Kesihatan dibimbangi mengatasi tiga negara lain pada akhir minggu ini dan berada di kedudukan ke-20 di dunia dengan jumlah keseluruhan kes Covid-19 tertinggi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top