BM | EN | 中文

‘Khairy jangan besar kepala’

khalim-sakib-khairy-jamaluddin-1.png
Advertisement

BATU PAHAT, 18 OKT: Amaran Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin untuk menyusahkan hidup golongan anti vaksin dilihat sebagai suatu yang tidak rasional.

Pengarah Komunikasi dan Multimedia, Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Noor Khalim Sakib berkata kenyataan Khairy itu dilihat seperti seorang yang hilang kewarasannya.

Katanya, sebagai seorang menteri, beliau tidak seharusnya tidak mengugut rakyat berkenaan dengan hal vaksinasi tersebut.

Advertisement

“Tidak semua orang yang tidak mengambil vaksin itu adalah golongan yang anti vaksin. Ada di kalangan mereka hanya tidak mendapat maklumat yang meyakinkan untuk mereka disuntik vaksin.

“Sebagai seorang menteri tidak wajar beliau mengeluarkan kenyataan yang berbaur ugutan. Sikap sombong beliau (Khairy) yang tidak mengakui kesilapannya juga akan memudaratkan rakyat di negeri ini.

“Jangan terlalu sombong dalam berkata-kata. Tak perlu sampai nak menyusahkan hidup orang lain dan sebagai sebuah kerajaan kendalikanlah perkara ini dengan baik bukan emosi,” katanya ketika dihubungi.

Advertisement

Khairy sebelum ini berkata, walaupun vaksin tidak diwajibkan namun kerajaan tidak akan memberi muka kepada golongan anti-vaksin kerana mereka sendiri memilih untuk menolak vaksin.

Katanya, Kementerian Kesihatan berkemungkinan mewajibkan golongan yang menolak atau melengahkan pengambilan vaksin untuk menjalankan ujian calit Covid-19 secara mingguan dan kerajaan tidak akan menanggung perbelanjaan itu.

Setakat ini, golongan yang belum menerima vaksin tidak boleh makan di restoran dan masih tidak boleh memasuki pusat beli-belah dan dijangka lebih banyak batasan yang akan ditetapkan.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top