BM | EN | 中文

Khairuddin tak perlu jadi ‘batu api’ lagakan Tun M dengan Anwar

kharuddin-abu-hasaan.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 23 APR: Tindakan Datuk Khairuddin Abu Hassan disifatkan menjadi ‘batu api’ dan dilihat seperti melaga-lagakan Tun Dr Mahathir dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Johor, Serudin Soud berkata Khairuddin seolah-olah mempergunakan orang lain dengan tujuan meneruskan karier politiknya.

“Dia (Khairuddin) siapa untuk mencatur urusan PH? Sekiranya nasihat, bukanlah dengan mengaibkan orang lain serta mempertikai soal perjuangan seseorang.

Advertisement

Serudin Soud

“Lebih baik dia diam dari terus mengeluarkan kenyataan seperti ‘batu api’ untuk memecahkan gandingan Tun dan Anwar,” kata Serudin ketika dihubungi.

Terdahulu, Khairuddin dalam satu kenyataan pada 21 April menyarankan Tun Dr Mahathir membuat pertimbangan sama ada untuk bersama PH dan pandangan itu adalah sesuatu yang jelas dilihat sebagai hasutan.

Manakala dalam satu laporan portal berita semalam, Khairuddin berkata kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada PRU 14 disebabkan penglibatan Tun Mahathir.

Advertisement

Selain itu beliau turut menafikan pembabitan Anwar yang pada ketika itu sedang berada dalam penjara.

“Kita lihat dalam kenyataan tersebut, beliau menyalahkan banyak pihak serta mengangkat diri seseorang tokoh. Sedangkan beliau sendiri tidak yakin akan kredibilitinya.

“Khairuddin dilihat naif dalam mencatur politik sehingga menjadi orang yang kalut dalam melihat beberapa isu termasuk soal tertubuh kerajaan PN yang jelas membelakangkan suara rakyat.

Advertisement

“Bagaimana kita boleh mendengar suara individu sebegini yang kerjanya hanya menumpang tuah pada diri orang lain bukan pada keyakinan dirinya sendiri,” kata Serudin lagi.

Beliau turut menambah, Khairuddin perlu sedar ihsan yang selama ini diberikan oleh PH untuk beliau meneruskan karier sebagai ahli politik di negara ini.

Serudin dalam pada itu menyatakan bahawa Tun Dr Mahathir bukanlah seorang yang mentah dalam dunia politik.

Advertisement

“Kena ingat, Khairuddin bertanding pun atas ihsan PH, tidak seperti Anwar Ibrahim yang memang sedari dulu berjuang untuk menggerakkan kekuatan menjatuhkan BN sebelum kehadiran dia (Khairuddin) dalam arena politik pembangkang,” kata Serudin lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top