BM | EN | 中文

Khairil Anuar bukan lagi CEO Kumpulan MSM berkuat kuasa serta-merta

Datuk-Khairil-Anuar-Aziz.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 7 OKT: Datuk Khairil Anuar Aziz tidak lagi menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM), berkuat kuasa serta-merta.

Khairul Anuar, yang dilantik untuk menerajui MSM pada April 2019, telah diarah bercuti pada awal September dan telah diminta untuk memberi penjelasan berhubung beberapa ketidakseimbangan berkaitan inventori MSM Sugar Refinery (Johor) Sdn Bhd dalam penyata kewangan 2019.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada 5 Oktober, MSM berkata Lembaga Pengarah menganggap penjelasan Khairil Anuar mengenai penyelewengan berhubung penyelarasan kepada pelupusan inventori berjumlah RM36.6 juta sebagai tidak boleh diterima.

Advertisement

“Lembaga Pengarah telah memutuskan bahawa CEO Kumpulan itu tidak lagi memegang jawatan tersebut berkuat kuasa 5 Okt, 2020,” katanya.

Pengeluar gula itu berkata Fakhrunniam Othman akan meneruskan tugasnya sebagai pegawai yang bertanggungjawab sehingga Lembaga Pengarah mengenal pasti calon yang sesuai untuk jawatan tersebut.

Bernama

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top