BM | EN | 中文

“Kewujudan Pas di Johor tak dipeduli, tiba masa tutup semua cawangan”

pas-johor-sejahtera-bersama-islam.png
Advertisement

MERSING, 17 JUL: Parti Pas negeri Johor hari ini disaran agar menutup kesemua cawangannya di negeri ini selepas keberadaan parti itu dalam kompenan Perikatan Nasional (PN) di negeri ini seolah-olah tidak diperlukan.

Ini kerana parti Pas yang hanya mempunyai satu kerusi DUN di Johor dilihat seperti tidak diraikan kewujudannya oleh sekutu parti itu khasnya Umno yang menerajui negeri Johor.

“Pas tidak ada jawatan langsung di negeri ini. Justeru nasihat dan disaran lebih baik tutup sahaja cawangan Pas di seluruh negeri di Johor ini.

Advertisement

“Suara mereka pun sudah malap dan tidak dihargai di negeri ini walaupun mereka berjaya menang dengan satu kerusi.

“Ternyata Pas dibuli teruk di Johor. Sekiranya Pas mempunyai maruah lebih baik bubarkan saja Pas Johor dari mengemis untuk sebarang jawatan sebagai suara pembawa ideologi mereka,” kata Pengarah Syariah Parti Amanah Negara (Amanah) negeri Johor, Azam Razak.

Azam berkata, gabungan Perikatan Nasional (PN) masih tidak berdaftar manakala Pas dilihat tidak lagi mampu membawa suara umat Islam di negeri ini.

Advertisement

Dalam pada itu beliau bekata, turut menerima maklumat bahawa ramai di kalangan ahli Pas di Johor mengeluh dengan keadaan yang kurang memberikan kebaikan kepada parti mereka.

Tambahnya, ada di antara ahli parti Pas yang berkata bahawa parti mereka hanya akan bertanding satu kerusi sahaja di negeri ini pada pilihanraya umum (PRU) akan datang.

“Perjanjian antara komponen PN adalah bertanding di kerusi yang dimenangi oleh mereka. Pastinya Pas pada PRU ke-15 hanya akan bertanding satu kerusi sahaja mengikut keputusan PRU-14 yang lalu.

Advertisement

“Sebelum itu Pas harus akui gelombang yang PRU yang lalu adalah gelombang menolak BN dan calon yang dikemukakan oleh PH ketika itu disabitkan muflis dan Pas menang dengan ihsan rakyat yang mahu menolak BN.

“Dari fakta itu sudah jelas bahawa Pas sudah boleh memikirkan untuk menutup sahaja kesemua cawangan dan pejabatnya di Johor serta membubarkan terus parti itu kerana dilihat tidak lagi relevan di negeri ini,” katanya lagi.

Untuk rekod, Pas hanya memenangi satu kerusi di Johor pada PRU-14 lalu, iaitu di DUN Bukit Pasir melalui Najib Lep yang menewaskan calon BN Noriah Mahat dengan majoriti 1,883 undi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top