BM | EN | 中文

Keuntungan bersih suku kedua Scientex meningkat kepada RM112.2 Juta

Scientex.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 10 MAC: Keuntungan bersih Scientex Bhd bagi suku kedua berakhir 31 Jan, 2021, meningkat 15.1 peratus kepada RM112.2 juta berbanding RM97.5 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

Bagaimanapun, hasil jatuh kepada RM906.5 juta daripada RM914.4 juta sebelumnya, kata kumpulan itu dalam satu kenyataan semalam.

Scientex berkata, keuntungan bersih yang tinggi itu didorong oleh jualan hartanah yang memberangsangkan dan kemajuan pembinaan, serta sumbangan kukuh daripada segmen pembungkusan.

Advertisement

“Segmen pembangunan hartanah melaporkan peningkatan perolehan sebanyak 12.9 peratus kepada RM287.8 juta daripada RM255 juta sebelumnya.

“Ini dicapai menerusi kemajuan kukuh pembinaan perbandaran Taman Pulai Mutiara 2 dan Scientex Durian Tunggal, jualan tinggi daripada tujuh pelancaran baharu di Johor, Melaka, Selangor, dan Pulau Pinang, serta sumbangan sulung dari Taman Scientex Kota Tinggi,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lim Pen Jing berkata syarikat itu sedang mengukuhkan kedudukannya untuk menyokong pembungkusan plastik fleksibel berasaskan pengguna bagi produk penting, dan menjangkakan permintaan kekal stabil.

Advertisement

“Selain itu, kami sedang melangkah ke hadapan dalam bidang pembungkusan yang mampan dan mempergiatkan kerjasama kami dengan pelanggan untuk mengembangkan rangkaian produk kami yang boleh dikitar semula sepenuhnya, lestari dan bernilai tambah.

“Pada masa yang sama, segmen hartanah kami terus bergerak ke hadapan sejajar dengan jualan yang lebih tinggi direkodkan berbanding tahun sebelumnya.

“Ini menandakan keberkesanan strategi berterusan kumpulan untuk berkembang di seluruh Semenanjung Malaysia dan merentasi sempadan baharu, dengan pelancaran sulung baru-baru ini di Tasek Gelugor (Pulau Pinang), Kundang Jaya (Selangor) dan Kota Tinggi (Johor) telah memberi sumbangan positif kepada pendapatan kami,” katanya.

Advertisement

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top