BM | EN | 中文

Keuntungan bersih suku kedua Dialog susut pada RM121.81 juta

Dialog-Group-Bhd.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 10 FEB: Dialog Group Bhd mencatat keuntungan bersih lebih rendah bagi suku kedua berakhir 31 Disember, 2020 kepada RM121.81 juta daripada RM158.01 juta untuk tempoh sama tahun sebelumnya.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Selasa, syarikat penyedia perkhidmatan kepakaran teknikal bersepadu itu berkata perolehannya turut susut kepada RM350.95 juta daripada RM612.31 juta pada suku kedua 2020.

“Tumpuan pembangunan aset terminal peringkat pertengahan dalaman kumpulan (di Pengerang, Johor) dalam suku itu serta penyusutan harga minyak huluan telah menyebabkan perolehan yang lebih rendah,” katanya.

Advertisement

Menurut Dialog, pendapatan asas sesaham berkurangan kepada RM2.16 daripada RM2.80 sebelum ini.

Dalam pada itu di peringkat antarabangsa, perolehan dan keuntungan selepas cukai operasinya bagi suku kedua 2021 juga lebih rendah berbanding suku kedua 2020.

Ini terutamanya disebabkan oleh pengurangan aktiviti perniagaan akibat persekitaran pasaran yang mencabar dan penurunan ekonomi berikutan pandemik COVID-19.

Advertisement

“Secara keseluruhannya, persekitaran ekonomi dijangkakan kekal mencabar dalam tempoh jangka pendek dan pertengahan. (Namun), kumpulan ini akan terus fokus terhadap usaha merealisasikan matlamat jangka panjang.

“Tanpa mengambil kira keadaan di luar jangka, kumpulan ini yakin bahawa prestasi (kewangan) kekal menguntungkan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2021,” katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top