BM | EN | 中文

KETUA POLIS NEGARA BERI ‘LAMPU HIJAU’ KEPADA MEDIA BERHUBUNG DENGAN PENGURUSAN TERTINGGI POLIS

IMG-20191006-WA0010.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 OKT : Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador telah memberi ‘lampu hijàu’ kepada pengurusan tertinggi di peringkat negeri supaya sentiasa berinteraksi dengan media.

Justeru, beliau berharap anggota peringkat atasan dapat memberikan kerjasama untuk menyalurkan maklumat yang diperlukan.

“Saya sudah bagi ‘blank cheque’ atau cek kosong kepada semua Ketua Polis, Pengarah dan komander (Ketua Polis Daerah dan Ketua Jabatan) di bawah sentiasa berinteraksi dengan media.

Advertisement

“Saya juga sudah bagi juga pas laluan ‘seumur hidup’ untuk mereka. Kalau kita (polis) sombong-sombong dengan media, tidak dapat sampaikan mesej. Kamipun perlu (media) dan media juga perlu bahan berita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Siri 2/2019 di Dewan Dato’ Onn, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Pada istiadat berkenaan menyaksikan seramai 195 penerima membabitkan anggota dan pegawai polis yang masih berkhidmat bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka kepada negara kerana berkhidmat ketika darurat.

Advertisement

Antara penerima Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Siri 2/2019

Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati memuatnaik sesuatu perkara di laman sosial.

“Sekali lagi saya menyeru dan mengingatkan bahawa ia (muat naik apa perkara) tidak akan terlepas pandang oleh pihak polis kerana mereka memantau tidak kira sama ada siang atau malam dan 24 jam.

“Ini termasuklah apa yang diviralkan, apa fitnah yang dilemparkan, apa artikel yang menghina, cacian, bersifat lucah yang dimuatnaik ke sosial media ini,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top