BM | EN | 中文

Ketua Pemuda Umno Pontian mahu Zahid Hamidi ‘berehat’

helmi-buang-umno-pontian.png
Advertisement

PONTIAN, 15 JAN: Ketua Pemuda Umno Pontian, Helmi Buang mahu Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi ‘berehat’.

Mohd. Helmi dalam satu kenyataan semalam meminta Ahmad Zahid berehat daripada memimpin parti itu dengan rasa hormat kerana menurutnya, pendekatan pemimpin mesti ada perubahan ketara mengikut arus zaman.

Ujarnya, langkah berundur perlu turut sama dilakukan pemimpin-pemimpin UMNO lain yang sudah berpenggal-penggal memegang jawatan kepemimpinan tertinggi, sekali gus memberi ruang serta peluang kepada generasi baharu menggalas tanggungjawab itu.

Advertisement

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan Helmi sebagai berkata yang beliau redha dan menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menghukumnya.

Helmi berkata keputusan itu adalah pendirian peribadinya.

“Saya pejuang Umno, bukan pejuang individu. Kita nak yakinkan rakyat, jika undi 18 dilaksanakan, Umno akan dilihat lemah dan mereka (pengundi muda) beralih kepada parti lain.

Advertisement

“Saya pertahankan pendirian (supaya presiden berehat) saya dan tak akan berpatah balik,” katanya.

Umno Pontian dipimpin oleh Menteri Besar Johor Hasni Mohamad.

Manakala pemimpin kanannya terdiri daripada tokoh pemimpin Umno pusat iaitu Timbalan Ketua Bahagian Ahmad Maslan (setiausaha agung Umno) dan Naib Ketua Bahagian Sumali Reduan (setiausaha kerja Umno).

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top