BM | EN | 中文

Ketua Pembangkang cadang segera buka semula Dun Johor

aminolhuda-10.jpg

Aminolhuda Hassan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 JUN: Ketua Pembangkang Dun Johor, Aminolhuda Hassan hari ini mencadangkan agar Dun Johor perlu bersidang semula dengan kadar yang segera.

Menurut Adun Parit Yaani itu, cadangan itu dikemukakan bagi menjunjung Titah Yang di-Pertuan Agong semalam.

“Menjunjung Titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah, saya dengan ini mengesyorkan agar Dewan Rakyat Negeri Johor (DUN Johor) turut bersidang dalam kadar yang segera mungkin seperti saranan Yang di-Pertuan Agong.

Advertisement

“Oleh itu, saya mencadangkan kepada YAB Menteri Besar Johor, Dato Hasni Mohamad untuk mengemukakan pandangan pembukaan semula sidang DUN Johor bagi sesi 2021 bagi membincangkan permasalahan yang berlaku dalam negeri Johor bagi pemulihan semula negeri ini.

“Dalam pada itu, saya juga bersetuju sekiranya walau pelbagai cara sekalipun dilakukan untuk membenarkan sidang DUN Johor dapat bersidang baik secara maya mahupun berbentuk fizikal agar ianya dapat dijalankan dengan sempurna,” ujarnya dalam satu kenyataan media.

Beliau yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor turut menyatakan pentingnya permasalahan dihadapi rakyat untuk dibawa ke dalam sidang Dun itu nanti.

Advertisement

“Kita juga di negeri Johor harus memperhalusi setiap perkara bagi memenangkan rakyat yang semakin terhimpit dengan masalah Covid 19 dan PKP berpanjangan seperti yang berlaku hari ini.

“Justeru itu penilaian untuk membuka semula sidang DUN Johor harus diperhalusi dan diangkat bagi mengambil pandangan dari pelbagai pihak agar ianya dapat dilaksanakan di peringkat negeri Johor untuk kebaikan rakyat.

“Pembukaan sidang DUN Johor ini semula bukanlah suatu yang luar biasa.

Advertisement

“Johor sebelum ini pernah membuktikan kita mampu bermesyuarat dengan semua Ahli Parlimen dan ADUN bagi membincangkan berkenaan tuntutan rakyat melalui pandangan kesemua parti.

“Selain itu, pembukaan semula sidang DUN Johor ini akan menzahirkan kematangan negeri Johor dalam menyambut seruan dan Titah Yang di-Pertuan Agong dan usaha menggembeling semua tenaga, usaha dan idea pelbagai pihak yang tentunya mempunyai dapatan mereka tersendiri,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top