BM | EN | 中文

Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ dilantik Datuk Bandar MBJB

CEO-KPRJ-dilantik-Datuk-Bandar-MBJB-yang-baharu.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 OGOS: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ), Datuk Mohd Noorazam Osman akan dilantik sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang baharu.

Media melaporkan, Noorazam mengesahkan perkara itu berkata, beliau sudah menerima surat pertukaran ke jawatan baharu itu pada Khamis.

“Saya mengesahkan pertukaran saya dan perlantikan itu. Dalam surat itu saya akan mulakan tugas baharu pada Ahad ini.

Advertisement

“Saya terima surat pertukaran daripada Setiausaha Kerajaan Negeri kira-kira 3.30 petang semalam. Semua ini berlaku di saat akhir.

“Berkaitan angkat sumpah itu akan dibuat kemudian. Tunggu hari Ahad, saya masuk pejabat MBJB,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan kekosongan jawatan Noorazam di KPRJ difahamkan akan diganti oleh Pengarah Urusan PIJ Holdings, Datuk Ramlee A Rahman.

Advertisement

Sebelum ini, media melaporkan seorang Datuk Bandar MBJB direman tiga hari bagi membantu siasatan kes menerima rasuah.

Pegawai kanan berusia 60 tahun itu didapati menerima wang rasuah daripada kontraktor bagi setiap kelulusan projek yang dilaksanakan di bawah kendalian sebuah PBT sewaktu beliau menjadi Datuk Bandar.

Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menahan seorang pesara kerajaan dipercayai bertindak sebagai orang tengah kepada Datuk Bandar terbabit, semalam.

Advertisement

Siasatan kes berkenaan dibuat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top