BM | EN | 中文

Ketua Kampung, ahli majlis dan penghulu di Johor perlu bantu daftarkan vaksin – Pemuda AMANAH

Serudin-Soud.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 27 MEI: Selepas masalah kesesakan aplikasi My Sejahtera, kerajaan Johor dicadang menggerakkan ketua-ketua masyarakat untuk mendaftarkan penduduk di negeri ini.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Serudin Soud berkata, perkara itu dicadangkan agar penduduk Johor yang berada di kawasan pendalaman boleh membuat pendaftaran.

“Peranan Ketua Kampung, Ahli Majlis dan Penghulu boleh digerakkan bagi mendapatkan rekod untuk mendaftar vaksin.

Advertisement

“Semalam pandaftaran vaksin menimbulkan pelbagai masalah. Yang mendapat perhatian adalah mereka yang berada di kawasan mempunyai liputan internet yang kuat sahaja.

“Peranan ini boleh dimainkan bagi ketua-ketua masyarakat itu bagi mengumpulkan data penduduk bagi menerima suntikan vaksin kepada rakyat,” ujarnya ketika dihubungi.

Katanya, terdapat beberapa kelemahan dari segi urus tadbir bagi isu pendaftaran vaksin di negara ini.

Advertisement

Tambah beiau, kerajaan juga membentangkan peratusan pendaftaran program vaksinasi mengikut daerah.

“Kita mahu lihat peratusan yang telah berdaftar, Ia penting untuk semakan.

“Justeru itu pentingnya peranan ketua-ketua masyarakat ini digerakkan bagi mendapatkan data dan pengesahan secara langsung,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top