BM | EN | 中文

Ketua Cawangan Khas Johor antara tujuh pegawai PDRM terlibat pertukaran jawatan

polis.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 12 OGOS: Ketua Cawangan Khas Johor SAC Ahmad Ramdzan Daud antara tujuh pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa 14 Sept ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Datuk Asmawati Ahmad dalam kenyataan hari ini memaklumkan Ahmad Ramdzan dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Penyelidikan dan Keurusetiaan, Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.

Pertukaran lain antaranya melibatkan Penolong Pengarah E7, Cawangan Khas Bukit Aman SAC Aida Abdul Hamid yang dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E7, Cawangan Khas Bukit Aman.

Advertisement

Ketua Cawangan Khas Kelantan ACP Jalaludin Hamid pula dilantik sebagai Ketua Cawangan Khas Johor bagi menggantikan Ahmad Ramdzan dengan memangku pangkat SAC.

Selain itu, Timbalan Ketua Staff Perisikan, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Kementerian Dalam Negeri (KDN) ACP Mat Zaki Md Zain dilantik menjadi Ketua Staf Perisikan, ESSCom KDN dengan memangku pangkat SAC.

Pertukaran lain turut menyaksikan Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) (Operasi), Johor ACP Kamal Faizul Mohd Zain yang dilantik sebagai Penolong Pengarah Kolaborasi Bersepadu, Bahagian Kepolisan Komuniti, JPJKK, Bukit Aman.

Advertisement

Asmawati berkata Timbalan Ketua JPJKK (Operasi) Pahang ACP Nor Fazid Ahmad dilantik ke Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Pertukaran lain turut melibatkan Supt Pengajian Pengurusan Bencana, Pusat Pengajian Sains Pengurusan Krisis dan Bencana, Maktab PDRM Supt Rosli Dahlan yang dilantik sebagai Timbalan Ketua JPJKK (Operasi), Johor yang memangku pangkat ACP.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top