BM | EN | 中文

Ketua balai polis ditahan dalam ‘pesta dadah’, positif syabu

PDRM-polis-tangkapan-jenayah.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 5 FEB: Ketua balai antara ditahan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman selepas didapati positif dadah jenis methaphethamine, kelmarin.

Pengarah JIPS Bukit Aman Datuk Zamri Yahya berkata, serbuan dilakukan pasukan operasi dan pematuhan itu juga turut memeriksa tujuh anggota di balai yang sama.

“Maklumat mengatakan beberapa orang pegawai dan anggota polis menghadiri satu pesta dadah di sebuah premis persendirian di Kuala Lumpur.

Advertisement

“Susulan itu satu pemeriksaan mengejut dilakukan terhadap Ketua Balai dan anggota yang disyaki,” kata Zamri, lapor Harian Metro.

Katanya pemeriksaan dan ujian saringan air kencing dijalankan terhadap mereka selepas aduan dan maklumat yang diterima.

Katanya, ujian saringan air kencing mendapati Ketua Balai berkenaan positif dadah manakala tujuh anggota yang lain didapati negatif.

Advertisement

“Siasatan lanjut dan tindakan seterusnya akan diambil sewajarnya,” katanya.

Difahamkan Ketua Balai dari Selangor yang berpangkat Inspektor itu akan dituduh di mahkamah dalam masa terdekat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top