BM | EN | 中文

Ketua Bahagian Umno Batu Pahat cabar Adun Bersatu Johor tarik sokongan

puad-zarkashi-umno-batu-pahat.png
Advertisement

BATU PAHAT, 13 JUL: Ketua Bahagian Umno Batu Pahat, Mohd Puad Zarkashi, mencabar empat Adun Bersatu Johor untuk menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) negeri bagi membuktikan mereka benar-benar berani.

Jika tidak, kata ahli majlis tertinggi Umno itu, ancaman yang dilakukan mereka itu sekadar “hangat-hangat tahi ayam.”

“Saya cabar empat Adun (Bersatu Johor) itu supaya lakukannya (tarik sokongan) dengan segera dan jangan hangat-hangat tahi ayam,” katanya lapor Malaysiakini.

Advertisement

Sebelum ini empat Adun Bersatu Johor dilaporkan sedia menarik sokongan terhadap kerajaan PN Johor jika Umno masih mendesak untuk menukar kerajaan di peringkat Pusat.

Adun Permas, Datuk Seri Che Zakaria Mohd Salleh dipetik Sinar Harian sebagai berkata, mereka sedia menarik sokongan pada bila-bila masa sekali gus akan mengakibatkan kerajaan PN Johor runtuh.

“Kami ingatkan UMNO supaya berhenti bermain politik. Sekiranya kerajaan Pusat bertukar maka kerajaan negeri di Johor juga akan bertukar.

Advertisement

“Bukan sahaja empat tetapi enam ADUN Bersatu atau lebih lagi bersedia menarik sokongan (terhadap kerajaan PN Johor). Jadi jangan main-main atau cuba berbuat sesuka hati semata-mata mahu berkuasa.

“Jangan gunakan alasan konon semuanya dilakukan untuk rakyat tetapi sebenarnya kerana kepentingan diri dan tamak kuasa. Kalau benar-benar berjuang untuk rakyat berhentilah berpolitik, tumpu dan selesaikan isu rakyat,” kata Che Zakaria.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top