BM | EN | 中文

Ketua Armada Muar isytihar keluar parti Bersatu bersama 40 ahli

Armada-Muar-keluar-Bersatu.jpg
Advertisement

MUAR, 9 OGOS: Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bahagian Muar, Riadilafan Ahmad mengumumkan keluar parti itu berkuatkuasa serta-merta.

Perkara itu dinyatakan beliau menerusi satu kenyataan video, hari ini. >> TONTON VIDEO DISINI

Dalam kenyataan bersama Riad berkata, turut sama keluar parti dianggarkan seramai 40 ahli dan akan diikuti yang lain secara berperingkat

Advertisement

“Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, Saya Riad Ahmad, Ketua Armada bahagian Muar bersama barisan tertinggi Armada dan sebahagian Armada bahagian Muar dengan ini mengisytiharkan bahawa kami meletakkan jawatan dan keluar daripada PPBM berkuatkuasa serta-merta.

“Tindakan ini diambil kerana kami telah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan PPBM yang nyata telah lari daripada perjuangan asal parti.

“Oleh yang demikian, kami tetap akan meneruskan perjuangan demi membawa suara anak muda dalam perjuangan bangsa, agama dan negara.

Advertisement

“Jangan takut. Lawan,” kata Riad, disambut sorakan sebahagian mereka yang dipercayai ahli Armada Bersatu.

Semalam, cucu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tariq Ismail Mustafa turut mengumumkan keluar Bersatu.

Beliau berkata, terpaksa ‘berpatah arah’ bagi meneruskan perjuangan yang berlandaskan prinsip-prinsip dipegang bersama – menentang korupsi dan salah guna kuasa bagi membentuk bangsa dan negara yang bermaruah dan berintegriti.

Advertisement

Terdahulu sebelum itu, pada 7 Ogos, pengerusi Bersatu yang disingkir, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan parti baharu yang tidak terikat atau menyokong mana-mana gabungan parti sama ada Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN).

Dr Mahathir berkata asas perjuangan parti yang belum diberi nama itu masih mengekalkan dasar asal Bersatu yang diasaskannya bersama sebelum ini, iaitu menghapuskan rasuah dan kleptokrasi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top