BM | EN | 中文

KETOKOHAN, LATAR BELAKANG BAIK CIRI CALON PH TG PIAI

IMG-20191020-WA0001.jpg
Advertisement

PONTIAN, 20 OKT: Memiliki ketokohan dan latar belakang yang baik merupakan antara ciri-ciri yang diteliti Pakatan Harapan (PH) dalam pemilihan calon pilihan raya kecil (PRK) P165 Tanjung Piai.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, antara perkara lain yang turut diambilkira termasuklah calon tersebut sudah tentu boleh menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dengan baik.

“Calon (untuk PRK Tanjung Piai) hampir disenaraipendek dimana dijangka (akan diumum) sebelum akhir bulan ini, sebelum hari penamaan calon,” kata Muhyiddin.

Advertisement

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis Rela Pontian bersama pemimpin di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut berpuas hati dengan gerak kerja dan perlaksanaan tanggungjawab oleh Pakatan Harapan Johor khususnya di kawasan Tanjung Piai.

“Secara umum tujuan saya untuk melihat persiapan yang telah dibuat oleh PH Johor kerana penting untuk menentukan segalanya teratur.

Advertisement

“Ini termasuklah kajian terhadap sikap pengundi di kawasan Tanjung Piai,” katanya.

Beliau berkata situasi dan semangat di Johor akan membawa kelainan dimana keyakinan terhadap PH menunjukkan kesan positif.

“Nampak seperti kita sudah bersedia selain mempunyai semangat dan keyakinan yang tinggi untuk mempertahankan kerusi ini,” katanya lagi.

Advertisement

PRK P165 Parlimen Tanjung Piai akan diadakan pada 16 November manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 2 November.

Ini berikutan kekosongan kerusi itu ekoran kematian Dr Md Farid akibat komplikasi jantung 21 September lalu

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top