BM | EN | 中文

“Ketika kami sedang bekerja, tak sedar ada pihak catur kuasa”

Langkah-Sheraton.jpg

Gambar beberapa ahli politik dalam pertemuan dikenali sebagai 'Langkah Sheraton', antara punca kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 MEI: Ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Johor sedang sibuk melaksanakan janji manifesto pilihan raya umum ke-14, tanpa disangka ada pihak tertentu mencatur kuasa sehingga kerajaan gabungan yang dipillih oleh rakyat itu tumbang.

Adun Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad berkata, percaturan untuk merampas kuasa yang berlaku sebelum ini jelas membelakangkan rakyat kerana kemakmuran rakyat adalah berdasarkan faktor kestabilan politik.

Adun Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad

“Keutamaan rakyat adalah keutamaan perjuangan kami. Itulah matlamat kami sewaktu memerintah Johor sebelum ini.

Advertisement

“(Ketika) tumpuan diberikan kepada rakyat, kami tidak sedar wujudnya golongan yang mencatur kuasa menjatuhkan kerajaan dari mandat rakyat,” katanya ketika dihubungi.

Pada 27 Februari lalu, bekas Menteri Besar Johor Dr Sahruddin Jamal berkata Bersatu Johor memutuskan untuk bersama Umno menubuhkan kerajaan negeri yang baru selepas perbincangan dengan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Muhyiddin Yassin.

Sahruddin berkata, gabungan baru itu merangkumi Bersatu, Umno, MCA, MIC, PAS dan “beberapa individu”, tanpa menyatakan secara khusus individu yang dimaksudkannya.

Advertisement

Keputusan itu pada awalnya berbeza dengan pendirian Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad yang menolak sebarang kerjasama dengan Umno di peringkat parti.

Justeru itu kata Dzulkefly, tindakan itu merencatkan pelbagai dasar yang dirancang di peringkat pusat dan negeri, manakala rakyat menjadi mangsa keadaan akibat percaturan tersebut.

[BACA: Bagaimana agihan kerusi Bersatu PRU-15 nanti?]

Advertisement

“Kita dapat lihat, akibat ketidakstabilan politik akan menyebabkan rakyat menjadi mangsa seperti keadaan. Kini jelas memperlihatkan rakyat ditinggalkan dan hanya percaturan atau pembahagian kuasa sahaja yang lebih dipentingkan.

“Seharusnya fokus yang perlu ditumpukan adalah berkenaan dengan ekonomi rakyat serta bantuan yang berterusan perlu dirangka bagi tujuan kemakmuran rakyat di negeri ini,” katanya lagi.

Namun kata Dzulkefly, PH Johor akan terus menggerakkan usaha bagi usaha meringankan nasib rakyat yang sedang terhimpit dengan permasalahan ekonomi di negeri ini.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top