BM | EN | 中文

Ketidaktentuan politik membawa padah kepada rakyat

Dr-Zuhan-Zain.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 DIS: Ketidaktentuan politik yang berlaku di negara ini berpunca dari individu yang bercita-cita tinggi menyebabkan kehidupan rakyat terkesan di negara ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Pemikir Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain ketika dihubungi berkata huru hara politik ini memberi kesan yang negatif.

Beliau menjelaskan ia berpunca dari sikap individu yang berkeinginan tinggi bagi mendapatkan tempat dalam negara ini.

Advertisement

“Ianya berpunca dari tiga nama yang utama iaitu Muhyiddin (Yassin), Azmin (Ali) dan Hamzah (Zainuddin).

“Mereka golongan perosak demokrasi negara yang sebelum ini utuh dan hari ini runtuh serta menjadi huru hara apabila langkah yang mereka lakukan tidak mendatangkan hasil dan manfaat kepada negara mahu pun rakyat.

“Krisis politik ini tidak akan berlaku sekiranya mereka itu tidak menggerakkan kerja untuk menjatuhkan kerajaan PH (Pakatan Harapan). Mereka perlu bersabar sehinggalah PRU yang seterusnya sekiranya mereka yakin untuk mendapatkan jawatan,” katanya.

Advertisement

Dalam pada itu Zuhan berharap keadaan ini kembali reda dan mandat rakyat itu dikembalikan semula kepada yang hak.

Tambahnya, situasi yang sama berlaku di Johor apabila ketidakstabilan politik ini memaksa kerajaan yang ada melakukan kerja menumpukan kepada usaha mengekalkan jawatan sahaja kerana bila-bila masa boikot boleh berlaku di kalangan Adun.

“Kita boleh tengok sepertimana yang berlaku di Johor, akibatnya gerak kerja memajukan ekonomi rakyat banyak yang terbantut akibat kelekaan kerajaan yang menumpukan kepada mengekalkan jawatan mereka sahaja.

Advertisement

“Dalam keadaan majoriti tipis dan rekod Adun khianat cukup membimbangkan kerajaan dikepalai oleh Umno sekiranya berlaku boikot pada bila-bila masa.

“Inilah gambaran bagaimana pengkhianatan dilakukan oleh individu yang berkepentingan akhirnya menghuru-harakan negara serta negeri Johor ini,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top