BM | EN | 中文

Ketidakpatuhan SOP bazar Ramadan: KKM beri kuasa kepada PBT kompaun kesalahan di bawah Akta 342

bazar-ramadhan.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 15 APR: Ketidakpatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) bazar Ramadan menimbulkan kekhuatiran pelbagal pihak, apabila dibimbangi akan mencetuskan kluster baharu COVID-19.

Warganet di media sosial mula berkongsi gambar dan video menunjukkan pengunjung bazar Ramadan bersesak-sesak, dan tidak mematuhi penjarakan fizikal ketika membeli juadah untuk berbuka di bazar Ramadan.

Keadaan ini menarik perhatian Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Advertisement

Dalam satu kenyataan semalam, beliau mengumumkan Kementerian Kesihatan (KKM) telah menurunkan kuasa kepada Datuk Bandar, Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pegawai penguatkuasa PBT Gred 19 ke atas, untuk mengkompaun apa apa kesalahan di bawah Akta 342 termasuk sebarang ketidakpatuhan SOP bazar Ramadan.

“Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menerima beberapa aduan orang ramai mengenal ketidakpatuhan SOP di bazar Ramadan di beberapa lokasi di Malaysia.

“Perkara ini dipandang serius kerana penularan wabak COVID-19 masih berada di tahap membimbangkan.

Advertisement

“Sehubungan itu, PBT digesa untuk mengambil tindakan sewajarnya, dalam memastikan pelaksanaan SOP yang dikeluarkan oleh MKN dan KKM dipatuhi sepenuhnya,” katanya, lapor Bernama.

Ismail turut meminta orang ramai memberi kerjasama kepada PBT, dalam membantu negara melandaikan lengkuk penularan wabak COVID-19..

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top