BM | EN | 中文

Ketiadaan usul undi percaya gugat perjanjian kerajaan, pembangkang

lim-kit-siang.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 8 OGOS: Kemungkinan perjanjian kepercayaan-perbekalan-reformasi (CSA) antara pihak kerajaan dan pembangkang tergugat susulan ketiadaan usul undi percaya dalam aturan urusan mesyuarat sidang Parlimen minggu hadapan.

Ahli parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata, sekiranya Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong berubah fikiran dan bersetuju untuk tidak perlu undi percaya di Parlimen seperti didakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Wan Junaidi Tuanku Jaafar, mengapakah perkara ini tidak dinyatakan dari awal.

“Sebaliknya apa yang kita dapat adalah kenyataan luar biasa daripada Peguam Negara, Idris Harun, Sabtu lepas dengan hujah yang tidak masuk akal yang cuba mengatakan undi percaya ini merendah-rendahkan kuasa Yang di Pertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Advertisement

“Pelantikan Perdana Menteri oleh Yang di Pertuan Agong dan hal undi percaya di Parlimen adalah dua perkara yang berbeza sama sekali walaupun berkaitan antara satu sama lain.

“Maka tidak pelik tidak ada seorang pun pakar undang-undang atau peguam yang telah menyokong hujah Idris ini, sebaliknya, ramai peguam dan badan bukan kerajaan yang membantah pendapat Peguam Negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kit Siang memetik pandangan mantan Hakim Mahkamah Rayuan, Hamid Sultan Abd Backer, bahawa Yang di Pertuan Agong boleh bergantung kepada akuan bersumpah dan temu ramah bersama Ahli-ahli Parlimen dalam melaksanakan tanggungjawab Baginda mengikut peruntukan Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan untuk melantik seorang Perdana Menteri.

Advertisement

Manakala Perkara 43(3) Perlembagaan yang memperuntukkan bahawa Perdana Menteri perlulah meletakkan jawatannya sekiranya beliau tidak mempunyai sokongan majoriti adalah perkara yang perlu ditentukan oleh Parlimen.

“Hanya ada satu sebab mengapa Ismail Sabri tidak mahu mengadakan undi percaya di Parlimen pada hari Selasa depan untuk menentukan keabsahannya seperti yang dititahkan oleh Baginda Yang di Pertuan Agong pada 17 Ogos semasa pertemuan dengan pemimpin-pemimpin parti politik yang kemudiannya ditegaskan lagi dalam kenyataan media Istana Negara pada 18 Ogos.

“Ismail bimbang beliau tidak mendapat sokongan 114 Ahli-ahli Parlimen dalam sidang Parlimen akan datang walaupun mereka sebelum ini telah menyatakan sokongan mereka dalam akuan bersumpah dan mengesahkan sokongan mereka untuk Ismail menjadi Perdana Menteri baharu selepas sesi temu ramah mereka bersama Yang di Pertuan Agong pada 20 Ogos 2021,” ujarnya lagi.

Advertisement

Dalam pada itu, Kit Siang turut mencadangkan perpaduan baharu dengan tujuan untuk memastikan kemenangan melawan wabak Covid-19 untuk meletakkan negara di landasan yang betul dengan reformasi institusi dan parlimen untuk memastikan terdapat pemulihan ekonomi dan negara dalam 12 ke 18 bulan sehingga Pilihan Raya Umum ke-15.

“Tidak ada sebarang ragu-ragu yang kemungkinan mencipta sejarah politik dengan perjanjian kepercayaan-perbekalan-reformasi di antara pihak kerajaan dan pembangkang supaya semua orang dapat menumpukan usaha kepada memenangi perang melawan Covid-19 kini tergugat dan kita hanya mampu menunggu dan lihat sama ada perjanjian ini masih dapat diselamatkan sebelum Parlimen bersidang Isnin depan,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top