BM | EN | 中文

Ketiadaan ahli majlis berbangsa Cina di Majlis Perbandaran Segamat dipersoal

tan-chen-choon.jpg

Tan Chen Choon

Advertisement

SEGAMAT, 29 SEPT: Adun Jementah, Tan Chen Choon meminta kerajaan Johor menjelaskan mengenai ketiadaan ahli majlis berbangsa Cina di Majlis Perbandaran Segamat (MPS).

“Saya mendesak kerajaan negeri mesti segera menyelesaikan masalah bahawa ketiadaan ahli majlis berbangsa Cina di MPS dan juga ahli parlimen dan Adun-Adun blok pembangkang tidak dibenarkan untuk menyertai mesyuarat JKTD, bagi mengelakkan jabatan-jabatan kerajaan melaksanakan perancangan pembangunan yang melanggar prinsip masyarakat majmuk di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Beliau merujuk isu pemindahan tapak bagi tujuan upacara sembahyang perayaan Bulan Hantu yang disambut masyarakat Cina dari Padang Awam Batu Anam ke Jalan Ah Tong dan Jalan Mohamad.

Advertisement

Kata Tan, selepas aduan penduduk diterima, MPS mengadakan lawatan tapak ke Padang Awam Batu Anam dan mencadangkan Jalan Ah Tong dan Jalan Mohamad sebagai lokasi alternatif bagi menyelesaikan aduan penduduk tersebut.

Tambahnya, kini pemasangan pagar sedang dijalankan di lokasi Padang Awam Batu Anam dan penduduk setempat masyarakat Cina bimbang lokasi ini tidak dapat digunakan untuk tujuan sama pada tahun-tahun depan.

Ujarnya lagi, perkara itu disebabkan tiada komunikasi dan perbincangan dengan penduduk setempat sebelum memulakan kerja pembangunan setempat terlebih dahulu, kerana dibimbangi pertikaian atau kesalahfahaman mungkin terjadi.

Advertisement

Dalam perkembangan lain, Tan menggesa menteri besar, Datuk Hasni Mohamad merealisasikan bahawa Pakatan Harapan (PH) adalah “rakan strategik” kerajaan negeri.

Katanya, Menteri Besar telah menerima cadangan dikemukakan PH, iaitu penambahan peruntukan kepada semua Adun dan juga penubuhan jawatankuasa Khas DUN Johor.

“Akan tetapi, bagi cadangan penglibatan ahli parlimen dan Adun pembangkang dalam mesyuarat JKTD, jawapan YAB ialah ahli parlimen dan Adun merupakan penggubal dan penentu dasar polisi kerajaan dan tidak perlu menghadiri mesyuarat JKTD kerana mesyuarat tersebut ialah mesyuarat pentadbiran jabatan kerajaan.

Advertisement

“Saya tidak bersetuju dengan jawapan YAB itu. Sekiranya mesyuarat JKTD ialah mesyuarat pentadbiran jabatan kerajaan, kenapa ahli parlimen dan Adun kerajaan dibenarkan masuk tetapi ahli parlimen dan Adun pembangkang tidak diundang dan tidak dibenarkan masuk?

“Ahli parlimen dan Adun bukan sahaja penggubal dan penentu dasar, malahan pembawa suara rakyat kepada kerajaan.

Justeru, adalah penting penglibatan ahli parlimen dan Adun tanpa mengira blok kerajaan atau pembangkang dalam mesyuarat JKTD.

Advertisement

“Saya menyeru agar YAB membuka bab politik baru membenarkan penglibatan semua ahli parlimen dan Adun di daerah masing-masing tanpa mengira blok kerajaan atau pembangkang dalam Mesyuarat JKTD.

“Saya percaya pertumbuhan politik demokrasi Johor dapat menuju ke tonggak baru demokrasi yang lebih komprehensif dan inklusif,” kata Tan lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top