BM | EN | 中文

KETERBUKAAN PH JANGAN DISALAHGUNA

azam-mekhtar-2.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 SEPT: Keterbukaan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mengamalkan konsep mendengar teguran dan kritikan bukan tiket untuk mana-mana pihak menabur fitnah dan kebencian.

Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Mohd Azam Mektar berkata, pembangkang hari ini perlu lebih bijak dalam membandingkan ruang kebebasan bersuara semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) dengan PH.

“Bila PH ada keterbukaan, mereka berani menampilkan diri dan mereka sedang menikmati kebebasannya. Ini suatu gambaran bahawa keterbukaan itu telah terlaksana.

Advertisement

“Ada yang berkerja sebagai guru, kakitangan awam dan sebagainya. Tidak ada tindakan yang diambil keatas mereka.

“Kalau sebelum ini di zaman BN, golongan tersebut tidak berani pun bersuara kerana takut dikenakan tindakan dan menyusahkan mereka untuk cari makan,” katanya ketika dihubungi.

Justeru itu katanya, tindakan parti pembangkang tertentu bersekongkol dengan pihak yang pernah menzalimi mereka bercanggah dengan prinsip keadilan yang diperjuangkan.

Advertisement

“Sebelum kerajaan BN dilihat menyekat segala yang dicuba dibuat oleh pembangkang. Namun hari ini tidak wujud sekatan sekiranya ingin bersuara mengkritik kerajaan,” kata Azam.

Dalam pada itu kata Azam, Malaysia sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, namun sebarang perbezaan pandangan perlu diajukan dengan cara yang lebih bertanggungjawab.

Katanya, penyebaran fitnah serta berita menghasut perlu dihentikan serta merta.

Advertisement

“Kemajmukan di negara ini perlu diraikan, bukan sehingga berlakunya ketegangan antara satu sama lain. Memperjuangkan bangsa bukan dengan menimbulkan provokasi serta rasa kurang senang.

“Pembangkang juga harus memainkan peranan sebagai agen pembangunan dan perpaduan,” ujarnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top