BM | EN | 中文

“Kesukaran hidup rakyat dijadikan ‘fixed deposit’ sokongan kepada kerajaan” – Aiman Athirah

rice-for-life-AWAN-Johor.jpg

Aiman Athirah (dua dari kiri) bersama aktivi AWAN, mengedarkan sumbangan beras dan bakul makanan ke seluruh Johor, baru-baru ini.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 MAC: Rakyat di negara ini perlu sedar bahawa mereka berhak mendapat kehidupan bermaruah dan kesukaran hidup mereka tidak sepatutnya menjadi ‘fixed deposit’, atau sokongan berterusan kepada kerajaan.

Senator Aiman Athirah berkata, corak pemikiran rakyat perlu berubah dengan menyedari bahawa kesukaran hidup dihadapi mereka seharusnya telah lama diselesaikan oleh kerajaan yang bertanggungjawab.

“Semakin susah rakyat (di sesebuah) kampung itu, semakin kuat pergantungan mereka kepada kerajaan yang memerintah.

Advertisement

“Sepatutnya, kerajaan yang boleh faham, dia angkat martabat rakyat. (Misalnya) diberikan pekerjaan supaya rakyat jangan terlalu bergantung kepada kerajaan.

“Kalau dapat kerajaan seperti itu, maka tidaklah pengundi-pengundi itu sentiasa bergantung,” kata Aiman Athirah.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran program ‘Rice for Life’ dengan kerjasama Angkatan Wanita Amanah Nasional (AWAN) Johor dengan sumbangan yang akan diagihkan ke seluruh negeri ini, Khamis lalu.

Advertisement

Beliau memberikan contoh banyak janji-janji manis ditaburkan kepada penduduk di kawasan luar bandar kononnya nasib mereka terbela jika terus menyokong kerajaan semasa.

“Sabah dan Sarawak contohnya. Pilihan raya kali ini dijanjikan tiang elektrik. Yang didiirikan hanya tiang sahaja.

“Kemudian dijanjikan untuk dipasang kabel. Ada tak elektrik? Tak ada. Rakyat kekal susah. Ini cerita benar.

Advertisement

“Begitulah akhirnya untuk menunggu bekalan elektrik, mereka memerlukan empat kali pusingan pilihan raya.

“Ada keperluan-keperluan lain, air bersih dan sebagainya. Sebab itu dalam tempoh enam puluh tahun, akhirnya, kita mengekalkan kerajaan yang korup,” ujarnya lagi.

Justeru itu kata Aiman Athirah, sesuai tema Hari Wanita Sedunia tahun ini iaitu ‘memilih untuk mencabar’ aktivis AWAN dan wanita secara umumnya perlu terus berjuang membela nasib rakyat.

Advertisement

“Jangan menunggu situasi kita berada pada keadaan selesa baru hendak membantu.

“Kita perlu keluar berjuang bersama, sebab kalau kita mengekalkan kerajaan yang kurang dasar-dasar diperturunkan kepada rakyat di bawah, maka kita akan kekal susah.

“Kerajaan yang ada ini tidak betul-betul membantu dengan seikhlasnya, tetapi hanya menjadikan rakyat sebagai fixed deposit mereka untuk kekal menjadi kerajaan,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top