BM | EN | 中文

Kestabilan politik faktor tarik pelabur

salahuddin-ayub-ir-khairuddin-a-rahim.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 DIS: Kestabilan politik adalah faktor utama untuk meyakinkan pelabur untuk melabur ke negara ini, kata ahli parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Katanya, kerajaan hari ini dalam keadaan yang tidak stabil sekaligus membuatkan pelabur tidak berani untuk melabur dalam negara ini.

“Kestabilan politik ini penting dalam menentukan masa depan ekonomi dalam negeri dan negara ini.

Advertisement

“Kekacauan yang berlaku ini dilihat sebagai iklim yang tidak sihat dalam pembangunan ekonomi negara ini.

“Kita boleh lihat beberapa syarikat gergasi mulai menarik semula pelaburan mereka dalam negara ini atas faktor tersebut,” katanya ketika dihubungi.

Beliau yang merupakan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, sekiranya perkara ini berlarutan ia akan membebankan rakyat dalam suasana ekonomi yang semakin mencabar.

Advertisement

Perkara itu turut disuarakan Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim yang melihat faktor ekonomi ini akan mengubah keadaan sosial masyarakat di negara ini.

“Apa yang kita bimbangkan adalah soal sosial kehidupan rakyat yang mulai mencabar apabila faktor utama seperti ekonomi tidak memberangsangkan dihadapi mereka.

“Kita mahu melihat suasana politik stabil bagi merancakkan semula ekonomi negara yang secara langsung dapat menyelamatkan isu sosial masyarakat.

Advertisement

“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang ada hari ini hanya mengundang musibah apabila ia ditafsirkan sebagai pemula yang melakukan ketidak stabilan politik ini,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top