BM | EN | 中文

Kesombongan PAS Johor memakan diri

aminolhuda-hassan.jpeg

Aminolhuda Hassan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 MEI: Akibat sifat tamak dan mementingkan diri sendiri, parti PAS di Johor kini berdepan dengan kesan dari sikap tersebut.

Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Aminolhuda yang mengandaikan situasi PAS di negeri ini semakin terdesak dan tersepit.

Mengulas kenyataan Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Hussin 1 Mei lalu, Aminolhuda berkata PAS dilihat seolah mainan kepada parti yang berkuasa di Johor.

Advertisement

“Ya memang benar, kerana PAS hari ini hanya mempunyai satu kerusi.

“Tetapi perlu diingatkan, sekiranya satu kerusi PAS itu membuat pendirian berbeza, ia akan mengganggu gugat kerajaan negeri Johor.

“Dari kenyataan Pesuruhjaya Pas itu, jelas menunjukkan bahawa matlamat PAS hanya keinginan untuk berkuasa semata-mata.

Advertisement

“UMNO yang dipilih gabungan PN dan BN selepas mengkhianati mandat rakyat dalam PRU14 dan menjadi Menteri Besar semestinya mengambil sikap pemerintahan PAS di Kelantan dan Terengganu yang mana pelantikan ketua kampung dan Ahli Majlis tidak diberikan langsung kepada UMNO,” ujarnya.

Menjawab isu kestabilan politik di Johor, Aminolhuda menyifatkan kenyataan Abdullah itu suatu gambaran pergeseran dan perebutan jawatan lantikan politik gabungan kerajaan UMNO, PAS dan PPBM.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang DUN Johor berkata, tiada jalan penyelesaian jitu antara gabungan Bersatu, PAS dan BN.

Advertisement

“Beginilah keadaan mereka, saling menuding sesama sendiri bermatlamatkan kuasa dan penjawatanan sahaja, bukan bersuara untuk kepentingan rakyat.

“Akhirnya dalam kerajaan yang tertubuh hari ini di Johor, ketidakadilan sesama sendiri berlaku dan memberi kesan kepada kebajikan rakyat.

“Kita mahu rakyat terus didahulukan. PAS yang mempunyai peranan dalam kerajaan negeri Johor hari ini perlu muhasabah diri untuk tidak lagi mempercayai keadaan yang berlaku terhadap hubungan baik antara mereka dengan Umno,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top