BM | EN | 中文

Kesihatan mental jangan jadi bahan gurauan

lim-lip-eng.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 7 FEB: Kesihatan mental dan isu berkaitan psikologi tidak patut dijadikan sebagai bahan gelak tawa dan gurauan, kata Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng.

Tindakan Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff, dilihat ketawa dalam isu sebegini pada satu program terbitan TV Harakah baru-baru ini sangat mengecewakan.

Lip Eng berkata, isu kesihatan mental merupakan subjek yang sangat-sangat sensitif, lebih-lebih lagi berkaitan isu bunuh diri dan kemurungan.

Advertisement

Menurutnya, pakar-pakar perubatan juga sangat berhati-hati apabila mengulas tentang isu ini.

“Di dalam sedutan klip program TV Harakah tersebut dapat kita lihat moderator menggunakan terma ‘gila’ dan ‘bunuh diri’ secara melulu.

“Siti Zailah yang menjadi panel dalam forum tersebut juga tidak menegur perbuatannya, sebaliknya bersama-sama mentertawakan isu yang dibicarakan,” katanya lapor Roketkini.

Advertisement

Terdahulu, Siti Zailah telah menyertai program anjuran TV Harakah bertajuk “Kemurungan dan Bunuh Diri semasa PKP: Apa Solusi Islam?”

Lip Eng menambah, permohonan maaf wajar diberikan oleh yang melakukan perbuatan berkenaan.

Tambahnya, sudah tiba masanya untuk stigma terhadap isu bunuh diri dan kemurungan dihentikan.

Advertisement

“Janganlah berbicara tentang sesuatu perkara yang kita tidak mempunyai kearifan di dalamnya,” katanya. – Roketkini.com

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top