BM | EN | 中文

Kesepakatan PH dalam PRN Melaka tingkat keyakinan rakyat

Muhammad-Taqiuddin-Cheman-Adun-Pulai-Sebatang.png
Advertisement

PONTIAN, 29 OKT: Kesepakatan dan persetujuan secara konsesus untuk menggunakan logo rasmi Pakatan Harapan (PH) untuk pilihanraya negeri (PRN) Melaka menunjukkan gabungan itu bersedia berdepan dengan mana-mana pihak sebagai satu pasukan.

Ahli jawatankuasa Pemuda AMANAH Nasional, Muhammad Taqiuddin Cheman menzahirkan ucapan tahniah atas kesepakatan yang jitu di kalangan parti komponen PH menyelesaikan beberapa hal berbangkit PRN Melaka dalam Mesyuarat Majlis Presiden hari ini.

“Berdasarkan perkembangan ini, pemuda AMANAH yakin PH mempunyai potensi besar untuk menjadi gabungan pilihan rakyat negeri Melaka untuk diangkat sebagai kerajaan di negeri ini.

Advertisement

“Pemuda AMANAH menyeru kepada semua penyokong PH dan semua penggerak parti untuk memberikan sokongan serta bantuan sedayanya bagi memastikan PH menang dan dapat membentuk kerajaan di negeri Melaka,” kata Adun Pulai Sebatang itu dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, pembahagian kerusi yang menyaksikan Parti Keadilan Rakyat (11), Amanah (9) dan DAP (8) juga persetujuan yang membolehkan persiapan menggerakkan jentera dapat dilaksanakan segera.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top