BM | EN | 中文

Kesejagatan Islam tidak terhad pada perihal manusia semata-mata – Sheikh Umar

Sheikh-Umar.jpg

Sheikh Umar diundang menyampaikan ceramah 'Tarbiyah dan Dakwah Kampus: Menuju Universiti Rahmah' bersama Rakan Siswa YADIM (RSY) dari seluruh negara

Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 JAN: Sebagai Muslim, sifat kesejagatan mendorong untuk memahami dan meyakini bahawa agama Islam sebagai sebuah agama yang universal, tidak terikat dengan masa, tempat dan ruang.

Ahli Lembaga Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, Islam merupakan agama yang sesuai untuk semua manusia, setiap bangsa dan tidak terbatas pada masa-masa tertentu.

Justeru itu katanya, semua manusia tanpa mengira bahasa, warna kulit dan bangsa mempunyai kedudukan yang sama di sisi Sang Pencipta dan tidak ada satu bangsa yang lebih mulia keatas bangsa lain kerana warna kulit atau bahasa semata-mata.

Advertisement

“Kerana sifat ‘kesejagatan’ Islam dan istilah ‘Alam’ inilah, kita dapat memahami bagaimana utusan terakhir Nabi Muhammad s.a.w telah diperakukan dalam Al-Quran sebagai pembawa mesej kerahmatan ajaran Islam untuk sekalian apa sahaja yang wujud.

“Justeru, ajaran Islam diturunkan bukan semata-mata untuk mengemukakan keadilan, kemaslahatan serta jalan keluar kepada permasalahan bani manusiawi, tetapi meliputi segenap aspek kehidupan termasuklah haiwan, tumbuh-tumbuhan, alam sekitar dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diundang menyampaikan ceramah bertajuk ‘Tarbiyah dan Dakwah Kampus: Menuju Universiti Rahmah’ bersama kira-kira 30 pimpinan tertinggi Rakan Siswa YADIM (RSY) dari seluruh negara.

Advertisement

Sheikh Umar yang juga Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi, Sains dan Teknologi Johor berkata, manifestasi kesejagatan Islam tidak terhad pada perihal sesama manusia semata-mata, ia merangkumi keseluruhan ciptaan Tuhan.

“Faktor tunggal yang membezakan seseorang dengan yang lain ialah tahap ketakwaan kepada Allah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berharap agar rakan siswa Yadim dapat memahami dan menghayati mesej kesejagatan Islam dalam dakwah mereka.

Advertisement

“Saya cukup yakin dan percaya mereka mampu menjadi agen kebaikan dikalangan mahasiswa seterusnya menjadi ‘qudwah hasanah’ (contoh ikutan terbaik) di lapangan universiti dan ummah umumnya.

“Lebih dari itu, RSY mampu menjadi pemegang taruh dikalangan anak muda mahasiswa dalam mempromosikan konsep pendekatan Islam yang ‘rahmah’ melangkaui segala perbezaan samada warna kulit, bahasa, bangsa dan agama dalam realiti kemajmukan Malaysia.

“Dengan menghayati Islam sebagai ajaran bersifat sejagat, akan lahir para pendakwah yang manis mukanya, lembut dan bijak tutur katanya, berhikmah dan penuh hemah dalam tindakannya, tegas dalam santun tegurannya, mesra dan disenangi pergaulannya serta penuh cinta dan kasih dalam jiwanya.

Advertisement

“Hal ini seterusnya dapat memadamkan api doktrinisasi perkauman dan keagamaan yang sempit, penuh kebencian, prejudis dan memecahbelahkan,” katanya lagi.

Johorkini

 

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top