BM | EN | 中文

Kesedaran pemilikan rumah buat anak muda berjaya disampaikan

IMG-20200218-WA0002.jpg

Pemohon beratur untuk pendaftaran bagi kediaman RMBJ kali ke-17 yang dijalankan kerajaan negeri.

Advertisement

KULAI, 18 FEB: Kesedaran rakyat khususnya generasi muda untuk memiliki hartanah kediaman telah berjaya disampaikan apabila rata-rata daripada 741 pemohon yang hadir bagi Majlis Pengundian Terbuka Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ) ke-17 merupakan golongan muda.

Demikian kata Exco Perumahan, Komunikasi dan Multimedia, Dzulkefly Ahmad selepas merasmikan majlis tersebut di Pulai Spring, pada 15 Februari lalu.

“Pembelian hartanah kediaman seharusnya menjadi keutamaan kerana apabila mereka memohon pinjaman perumahan nanti, nisbah khidmat hutang (DSR) akan menjadi tinggi jika mereka mempunyai komitmen lain.

Advertisement

“Hal ini mungkin akan mengurangkan kebarangkalian mereka mendapatkan kelulusan pinjaman untuk membeli rumah kediaman kerana kebiasaan nilai DSR ini tidak boleh melebihi 60 peratus dari jumlah gaji,” ujarnya.

Undian RMBJ pada pagi itu adalah jenis C iaitu jenis rumah teres 2 tingkat berharga RM150,000 seunit dengan keluasan 1080 kaki persegi.

Unit yang ditawarkan adalah sebanyak 93 unit melibatkan kouta Awam Melayu seramai 60 orang, kuota Cina seramai 23 orang dan kouta India seramai 10 orang.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top