BM | EN | 中文

Kesedaran awam di Selangor meningkat, lebih 30,000 sertai saringan percuma

Lebih-30000-sertai-saringan-percuma-kesedaran-awam-meningkat.jpg

Petugas Kesihatan Selcare melakukan ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Dewan MBPJ Jalan 51A/227, Petaling Jaya pada 24 Mei 2021 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

PETALING JAYA, 24 MEI: Seramai 36,780 individu di 20 Dewan Undangan Negeri (DUN) menyertai Saringan Komuniti Covid-19 sejak 8 Mei lalu.

Pengarah Pasukan Petugas Operasi Selangor (STFO), Dr Mohammad Farhan Rusli berkata jumlah dicatatkan menggambarkan tahap kesedaran dalam kalangan orang awam untuk menjalani ujian semakin meningkat.

“Hasil saringan itu mendapati 1,795 daripadanya positif dengan 80 peratus membabitkan golongan berusia 20 hingga 45 tahun.

Advertisement

“Ini membimbangkan kerana mereka tiada gejala tetapi kerap bergerak seperti pergi kerja atau ke pasar. Kita meminta orang ramai sertai program supaya mudah diasingkan sekiranya positif Covid-19,” kata Dr Mohammad Farhan.

Beliau berkata demikian pada Saringan Komuniti percuma anjuran Kerajaan Negeri di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Gasing bertempat di Dewan Komuniti MBPJ 51A/227 di sini hari ini.

Program bermula 9 pagi hingga 4 petang itu dijalankan serentak di Dewan Balairaya MBPJ Jalan PJS 2D/11 dalam DUN Taman Medan.

Advertisement

Dr Mohammad Farhan dilaporkan SelangorKini berkata, bilangan pradaftar menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) untuk menjalani ujian di kedua-dua lokasi amat memberangsangkan apabila mencecah lebih 3,000.

Menurutnya, sambutan tersebut menggalakkan kerana ia dijalankan pada hari bekerja dan menjangka lebih 7,500 turut serta seperti di DUN Subang Jaya dan Seri Setia semalam.

Sejak 8 Mei hingga 10 Jun, Kerajaan Selangor menjalankan pengawasan Covid-19 secara aktif melalui saringan percuma di seluruh 56 DUN menggunakan kit ujian pantas antigen (RTK-Ag).

Advertisement

Program bawah Fasa Mitigasi Wabak Pandemik Covid-19 menyasarkan individu berisiko, pernah menjadi kontak rapat, bergejala dan bimbang status kesihatan mereka.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top