BM | EN | 中文

Kesan pandemik Covid-19: Kerajaan Johor perlu tumpu pembangunan wanita – Adun Maharani

Nor-Hayati-Bachok-Adun-Maharani.jpg
Advertisement

MUAR, 1 OKT: Kerajaan Johor dicadangkan untuk memberikan tumpuan kepada pembangunan kaum wanita di negeri ini dalam berhadapan krisis ekonomi pasca pandemik Covid-19.

Adun Maharani, Nor Hayati Bachok berkata perkara itu adalah penting kerana wanita adalah golongan besar yang terkesan akibat krisis ekonomi.

Katanya, wujud peratusan yang tinggi kaum wanita yang kehilangan punca pendapatan di negeri ini.

Advertisement

“Terdapat peratusan yang tinggi yang menyatakan golongan wanita yang juga kehilangan pendapatan seperti ibu tunggal pengambil upah kecil-kecilan dan sebagainya.

“Kerajaan perlu memberikan penekanan terhadap permasalahan yang dihadapi oleh golongan wanita kerana ketaranya keadaan yang dialami oleh golongan ini.

“Selain itu, kerajaan seharusnya menggerakkan agensi mahu pun jabatan untuk bersama-sama dalam mengenal pasti golongan tersebut yang bermasalah hari ini,” katanya.

Advertisement

Beliau yang juga Ketua Wanita Amanah Johor berkata, selain bantuan berbentuk material dan moral, bantuan dari segi psikologi harus diberikan penekanan.

Tambahnya, perkara itu adalah untuk membantu golongan tersebut bagi berhadapan dengan keluarga yang bermasalah ketika kehilangan sumber pendapatan.

“Penumpuan terhadap psikologi juga perlu bagi golongan ini dalam berhadapan masalah keluarga yang kehilangan sumber pendapatan.

Advertisement

“Kerajaan harus mengadakan program bagi memberikan tips bagi menangani tekanan yang dihadapi oleh golongan wanita ketika ini.

“Kita tidak mahu oleh kerana kehilangan punca pendapatan ini ia akan membuatkan wanita menjadi mangsa dalam kes-kes penderaan, penceraian dan sebagainya,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top