BM | EN | 中文

Kes positif COVID-19 di Indonesia kini 62,142, kematian 3,089

coronavirus-indonesia-covid-19.jpg
Advertisement

JAKARTA, 5 JUL: Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 62,142 kes, setelah terdapat 1,447 lagi kes baharu direkodkan.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto dilaporkan Bernama sebagai berkata, sehingga jam 12 tengah semalam, sebanyak 53 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan yang maut akibat virus itu kini 3,089 orang.

“Jumlah kes positif kini 62,142 kes, sebanyak 14,205 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19,” katanya dalam sidang media harian yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Advertisement

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 996 kes, diikuti Jakarta (643 kes), Kalimantan Selatan (198) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top