BM | EN | 中文

Kes penyamun mati ditembak di Kota Tinggi, jangan timbulkan persepsi – Polis

remaja-19-tahun-letak-piisau-di-leher-wanita-kerana-ingin-mer0mpak-bank-Kota-Tinggi-Air-Tawar.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 JUN: Orang ramai diminta tidak menimbulkan sebarang persepsi yang boleh mengganggu siasatan pihak polis berhubung kes seorang lelaki yang maut ditembak pengawal keselamatan ketika cuba menyamun sebuah bank di Felda Ayer Tawar 5, dekat Kota Tinggi, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor SAC Md Yusof Ahmad berkata buat masa ini terdapat banyak ‘komen’ daripada para netizen di laman sosial berhubung kes berkenaan.

Beliau berkata semua pihak perlu memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan supaya tidak menimbulkan sensitiviti terhadap keluarga yang terlibat dalam kes itu.

Advertisement

“Terlalu banyak komen daripada netizen di Facebook, jadi kita minta orang ramai bagi ruang kepada polis untuk siasat, kerana kita siasat dari setiap sudut.

“Polis juga tidak pernah merahsiakan sebarang maklumat, malah identiti suspek juga masih belum diketahui kerana pengecaman belum dilakukan,” katanya. lapor Bernama.

Kes samun itu mendapat perhatian masyarakat terutama netizen di laman Facebook sejak semalam dan menimbulkan pelbagai reaksi serta pelbagai dakwaan.

Advertisement

Dalam kejadian pada pukul 2.04 petang kelmarin, suspek berusia 19 tahun itu ditembak mati oleh seorang pengawal keselamatan menggunakan ‘pump gun’ ketika cuba menyamun bank dan menahan seorang wanita sebagai tebusan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top