BM | EN | 中文

Kes pencemaran di Johor: Cuai punca berulang, hukuman perlu lebih tegas

aminolhuda-hassan-adun-parit-yaani.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 19 SEPT: Kerajaan Johor diingatkan untuk mengelakkan kecuaian sehingga isu pencemaran di negeri ini berlaku sekali lagi, kata Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Aminolhuda Hassan.

Kata Aminolhuda, tindakan kerajaan yang gagal dan tidak serius menangani isu pencemaran sehingga berulangnya insiden itu seperti yang berlaku baru-baru ini di Kampung Seri Aman, Johor amat dikesali.

Tambah beliau, tindakan tegas terhadap kilang-kilang yang dikenal pasti menjadi punca pembuangan sisa perlu dihukum dengan hukuman yang berat.

Advertisement

“Pertama sekali kalau kita lihat kecuaian penguasa yang sepatutnya mengawal keluar masuk bahan-bahan kimia sepertimana yang berlaku di Sungai Kim Kim, kita dapat lihat kelemahan dari segi pengurusan rekod keluar masuk daripada kilang ataupun tempat proses berkenaan.

“Pengalaman yang berlaku tiga tahun lepas di Sungai Kim Kim sepatutnya tak berulang lagi di negeri Johor ni.

“Tetapi berulang lagi dan ia memberikan satu tamparan kepada semua pihak sama ada penguatkuasa dan juga pihak-pihak seperti majlis perbandaran terlibat.

Advertisement

“Dalam hal ini saya mengharapkan pengalaman lepas sepatutnya mengajar pihak yang bertanggungjawab. Ia bukan satu perkara yang boleh dipermainkan ataupun dipandang sambil lewa, sebab ia memberi kesan terutamanya kepada rakyat itu sendiri.

“Kedua, kesan kepada alam sekitar dan yang ketiga kesan kepada keyakinan pelabur-pelabur antarabangsa yang berhasrat hendak membuat pelaburan di Johor. Jadi ini perkara penting yang memerlukan perhatian serius kerajaan ,” katanya lagi.

Adun Parit Yaani itu turut menegaskan bahawa hukuman sebelum ini seperti tidak berfungsi dengan baik bagi mengekang isu pencemaran di Johor.

Advertisement

“Pihak yang tidak bertanggungjawab kalau dapat ditangkap ataupun dikesan, saya mengharapkan tindakan tegas kali ini dan jangan dibiarkan sekadar denda RM10,000, RM20,000

“Benda itu nampak kecil bagi setengah pihak. Bila tak nak peekara ini berulang maka tindakan yang keras dan tegas perlu dilaksana supaya pihak yang mahu melakukan lagi kerja seumpama ini tak berani, sama ada lesen digantung ataupun denda mandatori.

“Jika siasatan mendapati sumber bahan kimia itu keluar daripada kilang A maka kilang A kena bertanggungjawab. Kadang-kadang pemandu tak tahu apa yang dia bawa di dalam lori dia.

Advertisement

“Ini perkara yang sewajarnya kita kena ambil perhatian.

“Kita kena lihat secara lebih mendalam dan saya mengharapkan kerajaan memberikan pampasan kepada keluarga-keluarga yang terkesan.

“Kita kena lihat juga kesan kepada persekitaran, sama ada (pencemaran itu) ke sungai dan sebagainya,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top