BM | EN | 中文

KES PEJABAT DISIMBAH CAT: AKMAL NASRULLAH SERAH PIHAK BERKUASA TERUS SIASATAN

IMG-20191127-WA0009.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 NOV : Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir meminta orang ramai tidak menimbulkan spekulasi berhubung kejadian pejabat pusat khidmat rakyat parlimennya yang disimbah cat merah semalam.

Katanya, beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kes berkenaan bagi memastikan pelaku jenayah itu diambil tindakan.

“Pihak polis telah menyiasat saya dari semua sudut termasuk sama ada ada kene mengena dengan pinjaman Ahlong kerana biasanya simbah cat merah, tetapi tiada.

Advertisement

“Pada saya, ia sememangnya bentuk ancaman yang ditujukan kepada saya. Mungkin isu politik semasa dan pada saya ada orang mahu ambil peluang. Saya beri ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

“Jadi, tidak perlu timbulkan mana-mana spekulasi. Saya mohon hormat pada siasatan yang dibuat dan pihak polis yang telah memberi jaminan akan ambil tindakan yang serius,” katanya pada sidang media di hadapan pejabatnya, hari ini.

Semalam, pejabat pusat khidmat rakyat parlimen Akmal Nasrullah di Taman Larkin, Idaman, di sini disimbah cat merah, selain seekor bangkai ayam dan mesej ugutan turut dicampak di hadapan pintu pejabatnya.

Advertisement

Tambahnya lagi, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ugutan yang direkod di sekitar lokasi itu kira-kira jam 3.24 pagi dan dua suspek dilihat terbabit turut telah diserahkan kepada pihak berkuasa dan diharap dapat membantu siasatan.

“Dalam rakaman itu terdapat dua invidu dilihat menghampiri pejabat sebelum meninggalkannya dalam masa kurang dua minit dan saya serahkan semuanya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi siasatan lanjut,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top