BM | EN | 中文

Kes mulai menurun, 375 hari ini, namun direkod lima kematian

dg-hisham-8-okt.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 8 OKT: Hari ini 375 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 14,368 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, lima kematian dicatatkan hari ini menjadikan kes keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 146 kes.

KKM menambah, daripada 375 kes positif yang dilaporkan hari ini, 371 adalah kes penularan tempatan dan hanya empat kes import.

Advertisement

Terdapat 18 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 10,519 kes.

Sementara itu terdapat 60 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 20 orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 14,368 kes dengan 73.21 peratus kadar sembuh bersamaan 10,501 pesakit, manakala 46 kematian bersamaan 1.02 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 3,703 kes aktif pada kadar 25.77 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top