BM | EN | 中文

Kes Menteri langgar kuarantin: Tiada tindakan lanjut, menurut AGC

Khairuddin-Aman-Razali-Takiri.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 21 OKT: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Huzir Mohamed, berkata tiada tindakan lanjut terhadap Menteri Perladangan Perusahaan dan Komoditi Khairuddin Aman Razali berhubung tindakan melanggar kuarantin wajib Covid-19.

Huzir pada sidang media hari ini berkata, keputusan untuk tiada tindakan lanjut (NFA) tersebut adalah berdasarkan arahan Pejabat Peguam Negara (AGC).

“Kita sudah dimaklumkan supaya memaklumkan keputusan kes ini.

Advertisement

“Kertas siasatan telah kita rujuk ke Pejabat Peguam Negara dan arahan untuk kes ini adalah No Further Action (tiada tindakan lanjut).

“NFA atas alasan kes ini dari sudut keterangan didapati YB Menteri telah tidak diserahkan dengan Borang 14B di bawah Seksyen 15(1) Akta 342, bagi tujuan menjalani perintah kuarantin.

“Berdasarkan keterangan tersebut, maka Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk tidak mengemukakan sebarang pertuduhan terhadap YB Menteri,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Advertisement

Polis pada 7 Okt sudah menyerahkan semula kertas siasatan (IP) membabitkan Khairuddin ke Jabatan Peguam Negara (AGC).

Ahli parlimen Kuala Nerus itu disiasat polis kerana melanggar perintah kuarantin kendiri selepas kembali dari kunjungannya ke Turki Julai lalu.

Dia muncul di Dewan Rakyat kurang dari seminggu selepas pulang dan hanya disedar selepas Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, membuat pendedahan mengenainya.

Advertisement

Ia kemudian mencetuskan kemarahan orang ramai kerana dari semasa ke semasa kerajaan mendedahkan jumlah orang awam yang dikenakan pelbagai tindakan ke atas orang awam yang melanggar kuarantin.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top