BM | EN | 中文

Kes mahkamah ‘zalim’ punca Umno tak puas hati dengan PN – Ahli Parlimen Pontian

ahmad-maslan-BN.jpg
Advertisement

PONTIAN, 6 JAN: Salah satu sebab utama Umno tidak puas hati dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah kerana langkah PN untuk meneruskan kes mahkamah terhadap parti tersebut dan para pemimpinnya, dedah Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan.

Ahmad salah seorang pemimpin Umno yang dihadapkan ke mahkamah – berkata perkara itu sebenarnya mengatasi rasa tidak puas hati Umno dalam soal agihan jawatan dalam kerajaan.

“Satu lagi rasa tidak puas hati ialah bukan kerana jawatan sangat, tetapi kerajaan sekarang meneruskan kezaliman kerajaan dahulu. Ini tak wajar dibuat.

Advertisement

“Kes-kes yang dibawa ke mahkamah ini ialah kezaliman zaman (bekas perdana menteri) Dr Mahathir Mohamad, (bekas peguam negara)Tommy Thomas dan (bekas ketua pesuruhjaya SPRM) Latheefa Koya,” kata Ahmad, lapor Malaysiakini.

Katanya lagi, penerusan kes-kes tersebut menandakan kerajaan sekarnang juga bertindak zalim, justeru PRU perlu diadakan untuk memilih kerajaan baru.

“Mahathir dah tak ada dalam kerajaan, Tommy Thomas tak tahu ke mana, Latheefa Koya pun tak tahu pergi mana. Tetapi kenapa kes yang mereka bawa ini diteruskan?” soalnya dalam satu dialog dua hari lalu.

Advertisement

Ahmad kini sedang dibicarakan atas dakwaan gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterimanya daripada perdana menteri ketika itu, Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 2013.

Selain Ahmad, pemimpin Umno lain yang dibicarakan atas tuduhan rasuah termasuk Najib, presiden Ahmad Zahid Hamidi dan bekas pengerusi Felda Shahrir Samad.

Ketika kerajaan PN ditubuhkan Mac tahun lepas, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menegaskan yang dia akan membentuk kabinet yang bersih dan meneruskan agenda antirasuah.

Advertisement

Dalam sesi dialog itu, Ahmad yang merupakan ahli parlimen Pontian merujuk kompaun dan permohonan pelucuthakan yang dimulakan SPRM terhadap mereka yang didakwa menerima wang yang dikaitkan dengan dana 1MDB daripada Najib.

Kompaun itu dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Amla) .

“Ada yang dapat RM50,000 daripada presiden (Najib), tetapi disuruh bayar kompaun RM2.5 juta. Itu kegilaan yang melampau dan kezaliman yang tahap tinggi,” dakwa Ahmad.

Advertisement

Bagaimanapun dakwaan itu ada kemugkinan salah.

Seksyen 92(1) Amla menyatakan bahawa kompaun hanya boleh dikenakan tidak lebih 2.5 kali ganda daripada jumlah yang diterima.

Ini bermakna pihak yang menerima dana haram berjumlah RM50,000 hanya boleh didenda dengan kompaun sehingga RM125,000 sahaja.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top