BM | EN | 中文

Kes lempar bom petrol di Masai, lelaki dan wanita ditahan

polis-jenayah.jpg
Advertisement

PASIR GUDANG, 15 MAC: Dua individu termasuk wanita ditahan semalam, bagi membantu siasatan kes melempar bom petrol di hadapan sebuah rumah di Taman Cahaya, Masai di sini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak dilaporkan Harian Metro berkata, kedua-duanya berusia 30 dan 28 tahun ditahan pada 11.30 malam di sebuah rumah di Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas sebuah kereta Toyota Vios putih, dua tong plastik ,satu botol plastik, satu botol aluminium dan satu corong plastik.

Advertisement

“Siasatan awal mereka turut terbabit dalam beberapa kes membaling bom petrol dan cat di sekitar kawasan Seri Alam, bermotif tuntutan hutang bagi pihak pemberi pinjaman tidak berlesen yang mengupah mereka dengan kadar tertentu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Sohaimi berkata, semakan juga mendapati suspek lelaki mempunyai empat rekod kesalahan lampau termasuk dadah, manakala suspek wanita mempunyai satu rekod jenayah.

Katanya, suspek lelaki direman enam hari, manakala wanita selama tiga hari mulai hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan hendaklah dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Advertisement

Dalam kejadian minggu lalu, bahagian hadapan dan kenderaan mangsa terbakar selepas individu tidak dikenali membaling bom petrol.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top