BM | EN | 中文

Kes kurung bekas pekerja, Polis Johor tahan “Long Tiger”

ayob-khan-polis-johor-1.jpg

Gambar Ehsan Polis Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 JUL: Seorang lelaki Rohingya yang dikenali sebagai Long Tiger sudah ditahan polis dalam satu serbuan di Muar pada Isnin kerana dipercayai terlibat dalam kes mengurung bekas pekerjanya.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 35, ditahan kira-kira jam 9.45 malam.

“Kita mendapat maklumat suspek terlibat dalam kes mengurung seorang lelaki berusia 21 tahun yang juga bekas pekerjanya.

Advertisement

“Dia direman selama empat hari, bermula 13 Julai lalu dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top