BM | EN | 中文

Kes influenza di negeri ini terkawal 

influenza.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 JAN: Kes jangkitan influenza yang dilaporkan berlaku di negeri ini masih dalam keadaan terkawal dan tidak menunjukkan tanda-tanda akan menjadi wabak.

Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Aman Rabu memberitahu, pihaknya sentiasa memantau perkembangan influenza yang dilaporkan berlaku.

“Setakat ini tidak ada wabak, ia dalam keadaan terkawal dan kita akan terus memantau seperti biasa.

Advertisement

“Kes influenza yang dilaporkan memang ada dan ia ‘on-going’, setiap hari ada penyakit virus seperti selsema. Namun ia tidak menjadi wabak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan ketika menyertai Ops Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 di Bandar Baru Uda, di sini hari ini.

Turut hadir, Exco Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar.

Advertisement

Sementara itu, Dr Aman turut memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung penyakit misteri berkait dengan pernafasan yang melanda China ketika ini.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, Jabatan Kesihatan Negeri akan melakukan saringan demam di pintu masuk ke negeri ini, iaitu di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

“Sekiranya ada pelancong dari negara itu yang dikesan demam, tindakan lanjut akan diambil dan akan dikuarantin sekiranya perlu,” tambahnya.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top