BM | EN | 中文

Kes ibu selebriti kritik Sultan Johor: Semua saksi telah beri keterangan

Hantaran-ibu-Neelofa-Polis-panggil-7-saksi-tunggu-laporan-teknikal.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 4 JUN: Kesemua saksi berhubung kes ibu seorang selebriti popular yang dikatakan mengkritik Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi akaun Instagram miliknya, telah selesai diambil keterangan baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, keterangan semua saksi seramai tujuh orang telah diambil dan pihak polis akan merujuk kes tersebut kepada pihak pendakwa raya apabila ia telah selesai.

“Kesemua (tujuh) saksi sudah diambil…kita tunggu laporan teknikal dan kes ini akan dirujuk ke pihak pendakwa raya,” katanya mengulas ringkas berhubung perkembangan kes itu dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Advertisement

Pada 31 Mei, polis memanggil Noor Kartini dan memulakan siasatan berhubung hantaran berbaur penghinaan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melalui Instagram miliknya.

Sebelum ini, tular tangkap layar Instagram Story Noor Kartini dalam laman sosial berhubung ketidakpuasan hati terhadap sistem raja berperlembagaan sehingga menyebabkan banyak pihak terkejut dengan hantarannya itu.

Namun, ia didakwa dimuat naik secara tidak sengaja oleh pengurus media sosial, di Noor Khan International Sdn Bhd, Zulsyafiqah Zulkafli.

Advertisement

Bagaimanapun, hantaran dalam IG Story itu dipadam selepas beberapa minit dimuat naik.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top