BM | EN | 中文

Kes ibu selebriti kritik Sultan Johor, polis sedang lengkapkan siasatan

Hantaran-ibu-Neelofa-Polis-panggil-7-saksi-tunggu-laporan-teknikal.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 21 JUN: Polis Selangor kini dalam proses melengkapkan kertas siasatan berhubung kes ibu seorang selebriti popular yang dikatakan mengkritik Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi akaun Instagram miliknya.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata pihaknya baru sahaja menerima laporan teknikal daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung kes itu.

“Kita baru terima laporan daripada MCMC, jadi kita akan lengkapkan siasatan dan (akan) dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya lapor Bernama.

Advertisement

Media sebelum ini melaporkan kesemua tujuh saksi berhubung kes itu telah selesai diambil keterangan.

Siasatan dijalankan selepas ibu selebriti itu, yang berumur 54 tahun, membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail pada 5.44 petang, 30 Mei lepas.

Kes itu juga sebelum ini disiasat oleh polls Kuala Lumpur namun kemudian diserahkan kepada polls Selangor selepas mendapati insiden berkenaan berlaku di Selangor.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top