BM | EN | 中文

Kes hamil luar nikah diberi perhatian

Liow-Cai-Tung.jpg

Liow Cai Tung

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 17 JAN : Kerajaan negeri akan melancarkan Program Permata Hati yang berfokus kepada menjauhi hamil luar nikah menerusi pendekatan yang telah disusun.

Exco Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Liow Cai Tung berkata, pendekatan seperti forum interaktif dan seminar yang akan melibatkan speaker yang ada kepakaran pasal isu tersebut.

Katanya, sebelum ini pada tahun 2019 kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim telah menjalankan program Diriku Permata Berharga (DERMAGA) yang bekerjasama dengan pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) ke 13 sekolah di seluruh negeri ini.

Advertisement

“Selain itu, Program Sakinah Warga Industri telah dijalankan pada tahun 2019 iaitu program mengkhusukan kumpulan sasar terdiri daripada golongan belia dan dewasa dalam membantu menangani permasalahan sosial.

“Melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), kita turut menyediakan ‘Kafe@Teen’ iaitu pusat remaja serba moden dan mesra remaja yang disediakan bagi tujuan membantu remaja berumur 13 hingga 24 tahun. Perkhidmatan ini adalah percuma.

“Perkhidmatan seperti nasihat bagi masalah yang merangkumi kesihatan reproduktif, pengurusan berat badan, masalah mental, dermatologi dan berhenti merokok yang dibantu oleh doktor dan jururawat LPPKN,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata, LPPKN juga menawarkan perkhidmatan apa saja kaunseling berkaitan keluarga sebagai contoh, isu remaja hamil luar nikah, masalah keluarga, masalah antara suami isteri, ibu bapa dan anak serta sebagainya.

Cai Tung yang juga Adun Johor Jaya berkata, ibu bapa perlu sedar bahawa pendidikan seks di peringkat sekolah dan di rumah bukan sahaja dapat membantu memberi maklumat tepat tentang kesihatan reprodukif diri sendiri malah ia mendidik anak muda untuk peka.

“Remaja perlu peka berkenaan dengan isu-isu realiti seperti jenis-jenis jangkitan seksual, pedofilia, sumbang mahram, pembuangan bayi dan sebagainya,” katanya.

Advertisement

Tambahnya, untuk perlindungan untuk gadis yang telah terlanjur adalah dengan menyediakan Pusat Generasiku Sayang Negeri Johor di bawah Kementerian Kesihatan yang menjalankan aktiviti melindungi dan membuat penjagaan semasa hamil terhadap golongan tersebut.

“Pusat ini juga memberi sokongan, bimbingan, penjagaan dan pemulihan sebagai persediaan meneruskan kehidupan di masa hadapan yang lebih terancang.

“Objektif pusat ini ditubuhkan untuk mengurangkan morbiditi dan mortaliti dalam kalangan remaja dan wanita hamil tanpa bernikah serta bayi yang baru dilahirkan,” katanya lagi.

Advertisement

Mengikut rekod, sebanyak 24 kes pembuangan bayi di negeri Johor pada tahun 2017, manakala enam kes telah direkodkan pada tahun 2018 dan 17 kes pada tahun lalu.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top