BM | EN | 中文

Kes dera Bella: Mana suara menteri? – AWAN Johor

Norhayati-Bidin.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 JUL: Suara Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun ditagih dalam isu penderaan keatas remaja orang kelainan upaya (OKU), dikenali sebagai ‘Bella’.

Naib Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Johor, Norhayati Bidin berkata, pihaknya kecewa susulan menteri berkenaan yang dilihat membisu terhadap isu berkenaan.

Ujarnya, kes yang mendapat perhatian ramai itu perlu ditangani segera berikutan penderaan yang berlaku membabitkan golongan OKU yang perlu dilindungi.

Advertisement

“Mana suara menteri ketika ini? Rakyat memerlukan perhatian dalam usaha menangani isu yang timbul seperti penderaan terhadap adik Bella.

“Kalau beginil tindakan seorang menteri seperti Rina, lebih baik beliau letak jawatan dan tak perlu lagi menjadi menteri.

“Amanah yang ditanggung tidak mampu dipikulnya.

Advertisement

“Dalam keadaan orang ramai tertanya-tanya berkenaan undang-undang dan tindakan seterusnya, menteri hanya membisu,” ujarnya ketika dihubungi.

Ditanya mengenai hukuman sewajarnya kepada pendera adik Bella, Norhayati berkata beliau setuju sekiranya hukuman penjara dikenakan.

“Seharusnya hukuman yang setimpal adalah penjara sesuai dengan tindakan pendera yang menghukum mangsa sedemikian rupa.

Advertisement

“Kami berharap siasatan perlu dijalankan secara tegas dan terperinci bagi memastikan segala bentuk keadilan dapat ditegakkan bagi membela adik Bella.

“Pemupukan kasih sayang di kalangan masyarakat perlu digalakkan bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan seperti adik Bella ini,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top